sklupak.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : sklupak@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | VISI & MISI |

                                            PERUTUSAN
           
        
                                                      GURU BESAR
                                 (HAJI ABD. MALIK BIN ABD. MANAP )


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Muhibbah.

Saya mengalu-alukan kunjungan anda ke Laman Web Sekolah Kebangsaan Lupak, Beaufort, Sabah. Semoga masa yang anda luangkan menyelusuri Laman Web ini akan memberi menfaat kepada kita bersama.

Dalam aspek Pemasaran Pendidikan, Laman Web merupakan salah satu media yang berkesan untuk menyebarluaskan informasi mengenai sesebuah institusi pendidikan. Atas kesedaran itulah maka terbinanya Laman Web Sekolah Kebangsaan Lupak ini. Mudah-mudahan melaluinya kita dapat sama-sama berkongsi maklumat dalam usaha kita memantapkan sistem pendidikan di negara ini.

Bagi pihak seluruh warga Sekolah Kebangsaan Lupak, saya amat berterimakasih sekiranya anda dapat memberikan ulasan membina terhadap kandungan Laman Web kami ini. Kami akan sedaya upaya membuat penambahbaikan dari masa kesemasa agar Laman Web ini dapat memenuhi citarasa para pengunjungnya dalam aspek pendidikan.

Akhirnya, saya mengucapkan syabas kepada Pasukan Pengendali Laman Web ini (Webmasters) yang telah merealisasikan kewujudan Laman Web ini di persada Dunia Siber masa kini. Percayalah, usaha anda ini telah memungkinkan Sekolah Kebangsaan Lupak tersebar ke seantero dunia siber yang tanpa sempadan.

Sekian.

Selamat Maju Jaya.

 

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: